*Kaedah Pelaksanaan, Aktiviti Program dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)*
Terdapat 4 modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah ditetapkan bagi dua sesi iaitu Sesi Pagi dan Sesi Petang di dalam program “Masyarakat Berilmu, Masyarakat Lestari”. LDK ini juga akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 dan perlu menyelesaikan acara ataupun tugasan LDK yang akan diberikan oleh fasilitator dan perlu disempurnakan oleh peserta. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua.
Fasilitor akan memberi tugasan yang perlu diselesaikan dalam kumpulan yang telah dibahagikan. Peserta perlulah bekerjasama dalam setiap tugasan yang diberikan mengikut spektifikasi dan cara yang telah diterangkan oleh fasilitator dan AJK program.
-Sesi Pagi-
(10:45 pagi – 01:00 petang)
LDK 1 – “ICE BREAKING”
Masa : 1 jam
Arahan
- Setiap peserta akan diberikan sehelai kertas kosong bersaiz A4 dan pensil
- Peserta perlu melukis satu gambar organisasi atau logo sebuah organisai beserta berserta maklumat yang lengkap berkenaan organisasi tersebut
- Setiap kumpulan perlu menyelesaikan dalam masa yang ditetapkan
- Setiap kumpulan perlulah berkerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Tujuan tugasan
- Dapat menanamkan toleransi dan potensi dalam diri peserta.
- Melatih supaya peserta dapat mewujudkan cara pekerjasama dalam kumpulan.
- Membina jati diri dalam setiap peserta.
- Dapat meningkatkan keyakinan diri supaya lebih sempurna.
- Mengetahui akan keupayaan diri dalam melaksanakan masalah.
LDK 2 – Keyakinan Diri
Masa : 1 jam
Arahan
- Setiap peserta akan dibekalkan satu sudu dan setiap kumpulan diberikan sebiji bola ping pong.
- Peserta pertama setiap kumpulan dikehendaki meletakkan bola ping pong di atas sudu dan memberi bola ping pong dengan hanya menggunakan sudu kepada ahli kumpulannya tanpa menjatuhkan bola ping pong tersebut.
- Setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa bola ping pong tersebut dimana setiap peserta akan berpatah balik ke garisan.
- Permainan akan dinilai berdasarkan kumpulan mana yang tidak banyak menjatuhkan bola dan kumpulan yang paling awal sampai di garisan penamat dikirakan sebagai pemenang.
Tujuan tugasan
- Melatih diri bagaimana berkerja didalam kumpulan sama ada dalam kumpulan kecil atau besar.
- Dapat membentuk sifat tanggungjawap dan kerjasama di dalam kumpulan.
- Dapat melatihkan setiap diri peserta supaya bersabar dalam melakukan kerja dalam mencapai matlamat.
-Sesi Petang-
(02:30 petang – 05:00 petang)
LDK 3 – Barang Kemas
Masa : 1 jam
Arahan
- Setiap kumpulan haruslah membuat satu bulatan besar dalam kumpulan mengikut jumlah ahli di dalam kumpulan tersebut.
- Setiap kumpulan perlu melantik seorang daripada ahli kumpulan untuk diberikan tanggujawab menjaga barang kemas.
- Setiap kumpulan juga harus melantik seorang ahli kumpulan yang berperanan sebagai pencuri barang kemas.
- Ahli kumpulan yang telah dilantik sebagai pencuri barang kemas haruslah dikeluarkan daripada bulatan kumpulan supaya pencuri ini tidak mengenal siapakah ahli kumpulan yang telah dilantik sebagai penjaga barang kemas.
- Ahli kumpulan yang dilantik sebagai penjaga barang kemas perlulah membuat gaya ataupun gerakan dan perlu diikuti oleh setiap ahli kumpulan yang lain.
- Dan apabila pencuri barang kemas mengetahui siapakah ahli kumpulan yang dilantik sebagai penjaga barang kemas dan permainan di istiharkan tamat.
Tujuan tugasan
- Dan memupukkan kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan diri dan juga ketenteraman awam dalam masyarakat.
- Memberi manfaat agar setiap kumpulan dapat menjaga rahsia dalam kelompok masyarakat dan juga keluarga.
- Bekerja untuk menghindarkan diri dan juga masyarakat daripada ancaman yang berbahaya.
LDK 4 – “LEADER”
Masa : 1 jam 15 minit
Arahan
- Fasilitator akan membekalkan setiap kumpulan sehelai kertas mahjong, 1 biji telur dan sehelai kain berwarna hitam gelap.
- Setiap ahli kumpulan perlu memegang kertas mahjong dan meletakkan 1 biji telur yang dibekalkan diatas kertas mahjong tersebut.
- Setiap ahli kumpulan perlulah menutup mata dengan menggunakan kain hitam gelap yang dibekalkan kecuali ketua kumpulan.
- Setiap ahli kumpulan perlulah bergerak satu tempat ke satu tempat dengan mengikut arahan yang diberikan oleh ketua kumpulan sambil memegang kertas mahjong yang telah diletakkan telur.
- Ketika arahan bergerak yang diberikan oleh ketua, setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan bertegur atau bercakap sesama ahli kumpulan.
- Ketua kumpulan perlu memainkan peranan yang penting dalam mengeluarkan arahan kepada ahli kumpulan supaya telur yang dibawa diatas kertas mahjong tidak terjatuh dan pecah.
- Ketua kumpulan juga tidak dibenarkan menggunakan kata-kata arahan seperti “kiri,kanan dan juga belakang” untuk ahli kumpulan bergerak. Ini memerlukan kreativiti setiap ahli kumpulan.
- Kumpulan yang berjaya bergerak tanpa memecahkan telur dikira sebagai pemenang.
Tujuan tugasan
- Dapat mewujudkan kerjasama dalam setiap ahli kumpulan.
- Dapat menanamkan semangat kepimpinan.
- Melatih setiap peserta supaya mudah menerima arahan daripada orang lain dan memberikan arahan dengan terang dan jelas kepada orang lain.
- Dapat membina keyakinan diri yang tinggi.
- Dapat memperbaiki kemahiran komunikasi antara masyarakat.
- Mempercayai orang lain dalam golongan masyarakat.
No comments:
Post a Comment