Pendahuluan

Jati diri merupakan sifat atau ciri yang unik dan istimewa menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan negara. Masyarakat yg mempunyai jati diri yang tinggi adalah menjadi teras kepada kemajuan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara. Jati diri dalam masyarakat dapat disemai melalui segi pendidikan dan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah merupakan salah satu teras kepada sesebuah masyarakat. Masyarakat yang berilmu dapat menjamin kepada kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial baik untuk individu mahupun kepada golongan masyarakat tersebut. 


Masalah sosial di dalam sesebuah masyarakat adalah berpunca dari tahap pendidikan masyarakat tersebut. Kita sering kali digemparkan dengan pelbagai masalah sosial seperti kes pembuangan anak, kes buli dan seperti kes yang diketahui baru-baru ini iaitu seorang pelajar sekolah rendah yang dibenarkan oleh bapanya sendiri untuk memandu kereta. Di manakah logiknya seorang bapa boleh melepaskan anak yang baru berusia 9 tahun untuk memandu sebuah kenderaan. Seorang bapa yang mempunyai ilmu tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan perkara seperti ini terjadi. Persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang. Permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan antara corak pembelajaran sosial. Faktor persekitaran sosial seperti elemen-elemen kemanusiaan, seperti pengaruh dari ibubapa, guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat, atau juga elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh media sosial yang diterima oleh seseorang yang akan mempengaruhi proses kehidupan mereka. 

Ilmu juga berkait rapat dengan ekonomi sesebuah masyarakat. Kebelakangan ini, isu kemiskinan dalam pendidikan mendapat perhatian masyarakat terutamanya pihak kerajaan dan ahli-ahli ekonomi. Pendidikan menjadi antara faktor utama dalam menjamin ekonomi sesebuah masyrakat. Jurang pendapatan di dalam masyarakat juga dapat dikecilkan. Masyarakat yang berilmu dapat meningkatkan keupayan dalam menjana ekonomi negara. 

Konsep pembangunan lestari merupakan satu usaha untuk menjaga kesejahteraan persekitaran fizikal yang mana persekitaran fizikal ini dihuni oleh sekumpulan manusia yang akan berusaha untuk memastikan persekitaran fizikal tersebut berada dalam keadaan yang baik serta mampu memenuhi keperluan dalam kehidupan. Usaha ke arah pencapaian kualiti hidup yang baik merangkumi pembinaan persekitaraan serta penyediaan peluang ekonomi kepada penduduk. Seiring dengan konsep pembangunan lestari, kehidupan yang berkualiti juga menuntut kepada keseimbangan ekonomi dan juga penjagaan alam sekitar. Ilmu dan pendidikan berkait rapat dalam pembangunan lestari. Akhir sekali, masyarakat yang berilmu dapat membentuk persekitaran lestari. 

Oleh yang demikian blog ini dibangunkan bertujuan memohon kebenaran daripada Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), UUM untuk melaksanakan dan menjalankan satu Program Dan Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Bagi Modul Pembangunan Masyarakat Dan Pendidikan iaitu “Program Masyarakat Berilmu, Masyarakat Lestari” di Lembah Klang dalam usaha memupuk kesedaran tetang kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat serta membentuk sebuah masyarakat yang berilmu. 

Seramai 4 orang Ahli Jawatankuasa iaitu daripada kumpulan ini terbabit dalam program ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program Ijazah Pengurusan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (PACE). 

Program ini juga dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan kursus Pembangunan Masyarakat II bagi semester Julai sesi 2020/2021. 

No comments:

Post a Comment